Sunday 28 April 2013

REFLEKSI SENI MEMPERTAHANKAN DIRI


Nama                         :           LOOI HONG INN
KUMPULAN/UNIT   :           PPISMP PJ(A) AMBILAN JUN 2012 SEM 2
No.IC                          :           920803-05-5323
NO. KAD MATRIKS :           0612/2894
___________________________________________________________________
Refleksi
Apabila saya mendapat tugasan projek Pendidikan Jasmani 2 (PJ 2312 P5), saya berasa amat bimbang dan takut. Kedua-dua kelas PPISMP PJ(A) dan PJ(B) telah mengadakan mesyuarat untuk pelantikan jawatankuasa induk serta pembahagian tugasan dan tajuk pameran. Saya berkumpulan dengan Chai Shing Yee, Chong Siau Hwa, Chin Pei Yiing, Ang Xiao Wen, Lim Guo Jing dan Tiew Feilix,. Tajuk kumpulan yang kami dapat ialah Taekwondo manakala biro yang kami bertanggungjawab ialah biro makanan dan minuman. 
Projek ini bukan sahaja meminta kami melancarkan satu pameran tetapi juga meminta kami menyediakan bahan-bahan pameran. Dengan mengadakan mini mesyuarat antara ahli-ahli kumpulan, ketua kumpulan telah membahagikan tugas kepada kami masing-masing. Chong Siau Hwa bersama dengan Chin Pei Yiing bertugas menghasil folio, Ang Xiao Wen berperanan membuat penanda buku, Chai Shing Yee pula mencipta templet, Lim Guo Jing dan Tiew Feilix bertanggungjawab melukis poster manakala saya bertanggungjawab dalam menghasil CD interaktif.
Oleh sebab saya tidak pernah mencipta CD interaktif, tugasan ini merupakan satu cabaran baru kepada saya. Tetapi dengan bantuan rakan saya, Tiew Feilix, saya dapat mempelajari cara membuat CD interaktif dan akhirnya berjaya menghasilkannya. Selepas kami habis menghasilkan bahan-bahan pameran kami, kami serahkan bahan-bahan pameran kami kepada En. Krishna Kumar Varatharaj, pensyarah Pendidikan Jasmani 2 kami untuk semakan. Dalam masa yang sama, kami telah membuat mesyuarat lagi untuk menentukan tarikh dan tempat pelaksanaan serta tema pameran kami. Rumusannya, kami telah memberi tema ‘Power Curve Self Defense’ kepada pameran kami. Kami juga menetapkan untuk menjalankan pameran kami pada 21 Mac 2013 tetapi akhirnya sasaran ini telah gagal kerana pihak sekolah rendah Institut Pendidikan Guru Malaysia tidak boleh menghantar pelajar-pelajar untuk menghadiri dan membuat persembahan semasa pameran kami.
Selepas berbincang dengan En. Krishna, kami pun telah menetapkan untuk melaksanakan pameran kami pada 11 April 2013 di Dewan Indera Kayangan, Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis. Untuk mengelakkan kesilapan berlaku, kami berusaha menjalankan tugas masing-masing dengan baik. Sehari sebelum menjalankan pameran, kami pun juga mengadakan satu raptai untuk mengurangkan risiko berlakunya kesilapan.
Pada hari pelaksanaan, kami semua pun telah bersiap sedia di Dewan Indera Kayangan pada 8.00 pagi. En. Krishna datang ke dewan pada jam 10.35 pagi untuk memberi bantuan kepada kami. Pada pukul 11.00 pagi, kami sebagai biro makanan dan minuman telah mengagihkan makanan dan minuman kepada para tetamu. Sepanjang pameran diadakan, ahli kumpulan kami berusaha menjelaskan dan mempamerkan bahan-bahan kami. Terdapat beberapa persembahan yang menarik diadakan sepanjang pameran, iaitu persembahan silat oleh pelajar-pelajar sekolah rendah Institut Pendidikan Guru Malaysia dan persembahan seni mempertahankan diri oleh setiap kumpulan.
Pameran kami telah bertamat pada jam 2 petang. Sebaik sahaja pameran, En. Krishna telah mengadakan sesi taklimat dengan kami. Beliau berasa bangga atas kerja-kerja yang kami telah pamerkan. Selepas sesi foto, maka kami pun mula mengemaskan kawasan pameran supaya semua kemudahan yang telah kami pinjam dapat dipulangkan dalam keadaan yang baik.
Walaupun sepanjang menyediakan program pameran memang meletihkan dan membebankan. Tetapi dengan kerjasama kami semua, pameran ini boleh dianggap telah dijalankan dengan berjaya. Saya amat bersyukur atas bantuan, didikan dan sokongan En. Krishna sepanjang kami melaksanakan pameran ini. Pada permulaannya, kami tidak tahu langsung apa yang perlu dilakukan. En. Krishna telah membantu dalam menyemak bahan-bahan pameran kami. Beliau juga memberi contoh dan idea dalam pelaksanaan pameran kami. Selepas program pameran, En. Krishna masih sudi mengambil masa untuk memberi komen dan idea kepada kami atas program pameran kami. Saya amat bersyukur kerana pameran ini telah dijalankan dengan baik. Selain itu, saya pun berasa amat gembira kerana mendapati banyak pengalaman dan pengajaran dalam pelaksanaan pameran ini. Saya akan mengingati apa yang telah saya belajar daripada pelaksanaan pameran ini dan menggunakan ilmu dan pengalaman yang saya ada untuk menjayakan program yang seterusnya pada masa depan.
Akhirnya, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah Pendidikan Jasmani saya, En. Krishna Kumar Varatharaj yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada kumpulan kami dalam menyiapkan tugasan ini.
Sekian, terima kasih.